- Khurafat secara bahasa berarti takhayul, dongeng
atau legenda
- Dalam kamus munawir khurafat diertikan dengan: hal
yang berkenaan dengan
kepercayaan yang tidak masuk akal (batil)
Pengertian khurafat dalam Islam
Khurafat ialah semua cerita sama ada rekaan atau
khayalan, ajaran-ajaran, pantang-larang, adat istiadat, ramalan-ramalan,
pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam .
Berdasarkan pengertian di atas, khurâfat mencakup
cerita dan perbuatan yang direka-reka dan bersifat dusta. Begitu juga dengan
pemikiran yang direka-reka merupakan salah satu bentuk khurafat.
Pengertian khurafat dalam Islam ialah semua cerita
sama ada rekaan atau khayalan, ajaran-ajaran., pantang-larang, adat istiadat,
ramalan-ramalan. pemujaan atau kepercayaan yang menyimpang dari ajaran Islam.
Berdasarkan takrif di atas, khurafat merangkumi cerita dan perbuatan yang
direka dan bersifat karut dan dusta.
Firman Allah yang bermaksud: "Sesungguhnya
Allah tidak akan mengampunkan dosa syirik mempersekutukan-Nya (dengan sesuatu
apa juga), dan akan mengampunkan dosa yang lain dari itu bagi sesiapa yang
dikehendaki-Nya (menurut aturan syariat-Nya). Dan sesiapa yang mempersekutukan
Allah (dengan sesuatu yang lain), maka sesungguhnya dia telah melakukan dosa
besar." Surah al-Nisa’, ayat 48
Khurafat ditakrifkan sebagai cerita mempesonakan
yang dicampur-adukkan dengan perkataan dusta. Syeikh Idris al-Marbawi mendefinisikan
khurafat sebagai cerita yang karut marut.
Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat
untuk mendirikan rumah baru ialah seperti
mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas/
perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara
memulih rumah tersebut.
Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh,
kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk
mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut.
Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak
ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.
2) Upacara menurunkan perahu
Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan
perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di lautan luas.
Upacara dilakukan dengan perahu itu di
pulihkan dengan jampi di serapah dan
mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.
Kenduri ini
dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap
penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh
pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut selamat dari bala bencana pada
tahun tersebut.
Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada
bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan syarat :-
i. Tidak
bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis
ii.
Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam
majlis itu.
Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk
pemujaan dalam agama Hindu di mana
mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama
dan Dewi Sita.
Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah
perempuan Mak Andam sebagai pengiring
utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua
mempelai ini diarak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu
memuja Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah pengantin baru digelar
sebagai Raja Sehari.
5) Mengandung / Kelahiran bayi
Sebelum ibu
melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa
kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis,
tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan
di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang
larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.