LANGKAH YANG TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH AMALAN SYIRIK
1) PERANAN KERAJAAN
- Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan
syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
- Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN
KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses
pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan
khurafat.
2) PERANAN MASYARAKAT
- Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam
dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu
yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan
khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan
adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.
3) PERANAN DIRI SENDIRI
- Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik
memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia.
Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal
kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak
murka.
KESIMPULAN :
- Kita sebagai orang muslim, janganlah sesekali
mensyirikkan Allah. Kita juga jangalah melakukan perbuatan khurafat kerana akan
menyebabkan kemurkaan Allah. Kita juga perlu mencegah perbuatan syirik dan
khurafat jika berlaku di hadapan kita. Jika kita tidak mampu mencegah, kita
mampu membenci dengan, sesungguhnya ia selemah-lemah iman.
No comments:
Post a Comment