Monday, 6 March 2017

PENGERTIAN SYIRIK

-        Syirik adalah suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara sedar       mencampur baurkan ke-esaan zat Allah SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai perbuatan menyekutukan Alah SWT.

-        Adapun menurut sifatnya, Syirik terbagi dalam 3 (tiga) kelompok   besar yakni:


1)   SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH TA'ALA :

-        Syirik Rububiyyah

Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan, memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat rububiyyah.

-        Syirik Uluhiyyah        

Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang termasuk sifat-sifat uluhiyyah.

-        Syirik Asma' Wa Sifat
Meyakini atau percaya kepada makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla, seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang    merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha Suci.




2)  SYIRIK MENURUT KADARNYA
-  Syirik Akbar (besar)

Iaitu syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam. Syirik dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan    tujuan untuk istighatsah dan isti'anah kepada selain-Nya. Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan bersifat duniawi lainnya. Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut. Syirik dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT. Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.

-  Syirik Ashghar (kecil)

Iaitu Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya dari          agama islam, akan tetapi mewajibkan pelakunya untuk          bertaubat. Riya' bukan satu-satunya yang termasuk dalam    Syirik Ashgar atau Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar berupa Riya'.


-  Syirik Khafi (tersembunyi)
   Iaitu seorang melakukan amal dikeranakan keberadaan        orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal ini        tidak mengeluarkan pelakunya dari agama Islam, namun      pelakunya wajib bertaubat.


3)  SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN

-   Syirik I'tiqodi

Iaitu Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini        bahawa Allah SWT yang menciptakan kita dan memberi      rezeki pada kita namun di sisi lain juga percaya bahawa        dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah                digariskan Allah SWT kepada kita. Hal ini termasuk              Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama        islam.

-   Syirik Amali

Iaitu setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam        sebagai sebuah kesyirikan, seumpama menyembelih              haiwan (atau makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah,      dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.

-  Syirik Lafzhi

Iaitu setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah   kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain nama Allah, seperti misalnya , "Tidak ada bagiku kecuali Allah dan engkau", dan "Aku bertawakal                  kepadamu", "Kalau bukan karana Allah dan si fulan maka    tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).








ISI-ISI

1) MENDIRIKAN RUMAH BARU

Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang seri rumah, menanam tahi besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.

Acara-acara tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan kesejahteraan penghuni rumah itu.

2) UPACARA MENURUNKAN PERAHU/KAPAL
YANG BARU KE LAUT

Upacara ini di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada gangguan hantu laut dan     sebagainya semasa belayar di lautan luas. Upacara dilakukan   dengan perahu itu di pulihkan dengan jampi di serapah dan     mentera dengan menggunakan tepung tawar dan sebagainya.



3) KENDURI TOLAK BALA

Kenduri ini dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya   kampung tersebut selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.

Kenduri tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana jua dengan
 syarat :-

i.      Tidak bercampur antara lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis
tersebut.
ii.     Melaksanakan kaedah-kaedah yang tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.


4) UPACARA PERSANDINGAN

Persandingan sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di  mana mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama dan Dewi Sita. Persandingan secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan  Mak Andam sebagai pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya. Kedua-dua mempelai ini diarak dan di sanjung serta di puja sepertimana orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah pengantin baru digelar sebagai Raja Sehari.

5) Mengandung / Kelahiran bayi

Sebelum ibu melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut. Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.



LANGKAH YANG TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH AMALAN SYIRIK DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT


1) PERANAN KERAJAAN

- Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
- Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan khurafat.

2) PERANAN MASYARAKAT

- Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.

3) PERANAN DIRI SENDIRI

- Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik memberikan pengaruh  yang besar terhadap kepada semua golongan manusia. Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak murka.


No comments:

Post a Comment