Friday, 3 March 2017

KESIMPULAN

Kesimpulannya, amalan syirik dan khurafat sangat dilarang dalam islam.Melalui kajian ini dapat dilihat dengan jelas  bahawa terdapat banyak filem-filem yang ditayangkan mengandungi unsur syirik dan khurafat yang semakin berleluasa di negara kita.Hal ini jelas menggambarkan rakyat Malaysia kini mudah terpengaruh dengan filem-filem yang ditayangkan tersebut.Oleh yang demikian ,terdapat beberapa pengajaran yang boleh diperolehi melalui kajian ini.Sebagai umat islam,seharusnya kita perlulah lebih berwaspada dan tidak mudah percaya  dengan setiap filem yang ditayangkan.Kita seharusnya bertawakal dan hanya bergantung kepada Allah setelah berusaha bersungguh-sungguh untuk mendapatkan sesuatu perkara bukannya mempercayai perkara karut-marut seperti yang ditunjukkan dalam filem.Contohnya filem "NGANGKUNG"  dimana watak dalam filem lebih percaya kepada bomoh berbanding Allah.Kita seharusnya mengelakkan dan menjauhkan diri kita daripda percaya perkara kepada bomoh yang dianggap mampu memberI apa sahaja berbanding dengan  Allah.

Di samping itu, kerajaan  yang prihatin seharusnya mengambil tahu akan perkara disekeliling mereka terutama  dalam masalah syirik dan khurafat yang semakin berleluasa seperti yang terkandung dalam filem.Kerajaan  perlu lebih tegas dalam menangani dan membanteras masalah ini dengan mengehadkan lagi filem-filem yang berunsurkan syirik dan khurafat  yang berlebihan dan memperbanyakkan lagi filem berunsurkan kerohanian., Firman Allah dalan surah Yunus ayat 106, “Dan janganlah engkau menyembah atau memuja yang lain daripada Allah, yang tidak dapat mendatangkan manfaat kepadamu dan juga tidak dapat mendatangkan mudharat kepadamu. Sekiranya engkau mengerjakan yang demikian maka jadilah engkau orang-orang yang berlaku zalim”. Maka dengan itu kerajaan perlulah menapis terllebih dahulu setiap filem yang diterbitkan sebelum ditayangkan kepada orang ramai.

Akhir sekali sebagai seorang muslim yang sejati haruslah tidak mudah terpengaruh dengan filem yang ditayangkan dan lebih memperbanyakkan ibadat kepada Allah.Elakkan diri daripada tempat-tempat yang sering menjalani aktiviti khurafat seperti kawasan perkuburan,hutan dan sebagainya.Justeru itu, menjadi tanggungjawab kita bersama dalam mengatasi masalah ini.
Hiburan sememangnya tidak salah dalam Islam tetapi tidak harus melanggar batas yang telah ditetapkan syariat. Penggiat seni perfileman tanah air perlu berhati-hati dalam menggarap skrip dalam setiap filem mereka agar tidak terpesong dari ajaran Islam. Bagi para penonton pula tidak seharusnya terlalu taksub dengan hantu yang hanya rekaan manusia semata-mata sedangkan kita harus lebih takut kepada azab Allah s.w.t. Ingatlah bahawa Allah s.w.t merupakan pencipta sekalian makhluk.

No comments:

Post a Comment