PENGERTIAN SYIRIK
- Syirik adalah
suatu perbuatan (dalam sikap dan, atau niat) terutama menyangkut aqidah di mana
seseorang melakukan sesuatu bukan sepenuhnya kerana Allah SWT atau secara
sedar mencampur baurkan ke-esaan zat Allah
SWT dengan unsur-unsur lain yang menurut ajaran Islam dapat diertikan sebagai
perbuatan menyekutukan Alah SWT.
- Adapun
menurut sifatnya, Syirik terbagi dalam 3 (tiga) kelompok besar
yakni:
1) SYIRIK YANG MENYELISIHI SIFAT-SIFAT ALLAH
TA'ALA :
- Syirik
Rububiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu menciptakan,
memberi rezeki, menghidupkan atau mematikan dan hal-hal lain dari sifat-sifat
rububiyyah.
- Syirik
Uluhiyyah
Meyakini bahawa selain Allah ada yang mampu memberikan
mudharat atau manfaat, memberikan syafaat tanpa izin Allah, dan lainnya yang
termasuk sifat-sifat uluhiyyah.
- Syirik Asma' Wa Sifat
Meyakini atau percaya kepada
makhluk Allah yang memiliki sifat-sifat khusus yang dimiliki Allah Ta'alla,
seperti mengetahui perkara ghaib, dan sifat-sifat lain yang merupakan kekhususan Rabb kita yang Maha
Suci.
2) SYIRIK MENURUT KADARNYA
- Syirik Akbar (besar)
Iaitu
syirik dalam keyakinan, dan hal ini mengeluarkan pelakunya dari agama islam. Syirik
dalam berdoa, yakni merendahkan diri kepada selain Allah dengan tujuan untuk istighatsah dan isti'anah
kepada selain-Nya. Syirik dalam niat, kehendak dan maksud, manakala melakukan
ibadah semata-mata ingin mendapat pujian, atau untuk kepentingan-kepentingan
bersifat duniawi lainnya. Syirik dalam keta'atan, yaitu menjadikan sesuatu
sebagai pembuat syariat selain Allah SWTatau menjadikan sesuatu sebagai sekutu
bagi Allah dalam menjalankan syariat dan redha atas hukum tersebut. Syirik
dalam kecintaan, adalah mengambil makhluk sebagai tandingan bagi Allah SWT.
Menyetarakan kecintaannya kepada makhluk dengan kecintaanya kepada Allah SWT.
-
Syirik Ashghar (kecil)
Iaitu
Riya', hal ini tidak mengeluarkan pelakunya
dari agama islam, akan
tetapi mewajibkan pelakunya
untuk bertaubat. Riya'
bukan satu-satunya yang termasuk dalam Syirik Ashgar atau
Riya' memang termasuk Syirik Ashghar namun tidak semua Syirik Ashghar
berupa Riya'.
- Syirik Khafi (tersembunyi)
Iaitu seorang
melakukan amal dikeranakan keberadaan
orang lain, hal ini pun termasuk dalam Riya', dan hal
ini tidak mengeluarkan pelakunya dari
agama Islam, namun pelakunya wajib bertaubat.
3) SYIRIK MENURUT TEMPAT KEJADIAN
- Syirik I'tiqodi
Iaitu
Syirik yang berupa keyakinan, misalnya meyakini bahawa Allah SWT yang menciptakan kita
dan memberi rezeki pada kita namun
di sisi lain juga percaya bahawa
dukun misalnya, dapat mengubah takdir yang telah digariskan Allah SWT kepada
kita. Hal ini termasuk
Syirik Akbar yang mengeluarkan pelakunya dari agama islam.
- Syirik Amali
Iaitu
setiap amalan zahir yang dinilai oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seumpama
menyembelih haiwan (atau
makhluk Allah lainnya) untuk selain Allah,
dan bernazar untuk selain Allah dan lain sebagainya.
- Syirik Lafzhi
Iaitu
setiap lafaz yang dihukumi oleh syari'at islam sebagai sebuah kesyirikan, seperti bersumpah dengan selain
nama Allah, seperti misalnya , "Tidak ada bagiku kecuali Allah dan
engkau", dan "Aku bertawakal kepadamu", "Kalau
bukan karana Allah dan si fulan maka
tak akan begini dan begitu jadinya", dan lafaz-lafaz lainnya yang
mengandungi unsur kesyirikan (menyekutukan Allah SWT).
ISI-ISI
1) MENDIRIKAN RUMAH BARU
Antara Syarat dan adat Istiadat yang mesti di buat untuk
mendirikan rumah baru ialah seperti mengantungkan buah kelapa muda di tiang
seri rumah, menanam tahi besi/ emas/ perak/ tembaga pada setiap tiang seri
rumah dan menepung tawar sebagai upacara memulih rumah tersebut.
Acara-acara
tersebut akan dilakukan oleh bomoh, kononnya untuk mengelakkan daripada di
ganggu oleh jin dan syaitan dan untuk mendapatkan kesejahteraan dan keselamatan
kepada semua penghuni rumah tersebut. Sebenarnya upacara tersebut tidak lebih
daripada upacara menjamu jin dan tidak ada kena mengena denga keselamatan dan
kesejahteraan penghuni rumah itu.
2) UPACARA MENURUNKAN PERAHU/KAPAL
YANG BARU KE LAUT
Upacara ini
di lakukan oleh bomoh dengan harapan perahu/ kapal tersebut selamat daripada
gangguan hantu laut dan sebagainya semasa belayar di
lautan luas. Upacara dilakukan dengan perahu itu di pulihkan dengan
jampi di serapah dan mentera dengan menggunakan tepung
tawar dan sebagainya.
3) KENDURI TOLAK BALA
Kenduri ini
dilakukan setahun sekali di tengah padang di sesebuah kampung, dengan setiap
penduduk membawa sepinggan makanan. Imam di jemput untuk membaca doa dan Bomoh
pula di jemput untuk membaca jampi serapah supaya kampung tersebut
selamat dari bala bencana pada tahun tersebut.
Kenduri
tolak bala sebenarnya boleh di buat pada bila-bila masa sahaja dan di mana-mana
jua dengan
syarat :-
i. Tidak bercampur antara
lelaki dan perempuan yang ajnabi dalam majlis
tersebut.
ii. Melaksanakan kaedah-kaedah yang
tidak menjadi tegahan syarak dalam majlis itu.
4) UPACARA PERSANDINGAN
Persandingan
sebenarnya adalah salah satu bentuk pemujaan dalam agama Hindu di mana
mempelai yang bersanding itu sebenarnya meniru adat Hindu yang memuja Dewa Rama
dan Dewi Sita. Persandingan
secara ini memperlihatkan di sebelah perempuan Mak Andam sebagai
pengiring utamanya dan di sebelah pihak lelaki pula Bomoh sebagai pengiringnya.
Kedua-dua mempelai ini diarak dan di sanjung serta di puja sepertimana
orang-orang Hindu memuja Dewa Rama dan Dewa Sita, dengan sebab itulah pengantin
baru digelar sebagai Raja Sehari.
5) Mengandung / Kelahiran bayi
Sebelum ibu
melahirkan anak, Bidan di jemput untuk mengadakan upacara lenggang perut.
Semasa kelahiran bayi persiapan dibuat dengan menyediakan kain kuning tujuh
lapis, tilam dan bantal bewarna kuning serta pulut kuning dan putih. Duri di
letakkan di bawah rumah supaya jangan di ganggu oleh hantu penanggal. Sementara
pantang larang selepas bersalin pula adalah selama 45 hari.
LANGKAH YANG TERBAIK UNTUK MENGATASI MASALAH AMALAN SYIRIK
DAN KHURAFAT YANG MEMPENGARUHI PENONTON DAN MASYARAKAT
1) PERANAN KERAJAAN
- Mengadakan kempen-kempen kesedaran bahananya amalan
syirik dan khurafat terhadap diri, masyarakat, agama dan negara.
- Kerajaan juga perlu meletakkan topik " AMALAN
KHURAFAT DAN SYIRIK " dalam buku-buku agama yang diterbitkan untuk proses
pembelajaran supaya anak-anak muda sedar dan menjauhi amalan syirik dan
khurafat.
2) PERANAN MASYARAKAT
- Masyarakat Melayu memang terkenal dengan adat-adat resam
dan kepercayaan yang menjadi warisan sepanjang zaman. Namun, kita perlu tahu
yang ada dia antara adat-adat dan kepercayaan tersebut adalah perbuatan
khurafat dan syirik. Kita mestilah menjauhi dan sekaligus menghapuskan
adat-adat yang boleh menyebabkan kita menjadi seorang yang musyrik.
3) PERANAN DIRI SENDIRI
- Memandangkan dunia kini semakin moden, alat elektronik
memberikan pengaruh yang besar terhadap kepada semua golongan manusia.
Jadi seseorang muslim perlu pandai mengawal dan bukan teknologi yang mengawal
kita. Kita perlu pandai menggunakan teknologi dengan betul supaya Allah tidak
murka.